THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, October 30, 2009

sahabat sejati


 Alangkah manisnya kehidupan kita jika mempunyai sahabat yang dapat diajak berbicara, berkongsi pengalaman dan minat, serta menemani kita ketika sangat memerlukan?  Persahabatan amat istimewa bagi seseorang lebih-lebih lagi jika ia berpanjangant.  Persahabatan menyerikan kehidupan, membuatkan kita merasa disukai dan dihargai, di samping memberikan kita sokongan dan rangsangan untuk menghadapi kehidupan.
 
Kadangkala sahabat dapat membuat hari-hari yang kita lalui benar-benar indah dan memiliki banyak cerita, namun kadang-kadang juga sahabat membuat kenangan terburuk untuk kita ingati sepanjang hidup.Dalam menjalin sebuah persahabatan yang murni dan abadi ia memerlukan pengorbanan yang besar.
Sahabat sejati adalah insan yang sering  bersama - sama kita tika suka dan duka. Yang sering menegur kita tatkala kita melakukan kesilapan, yang sering ketawa dan menangis bersama kita.Jadi kita haruslah bijak memilih sahabat yang dapat berjuang bersama-sama kita.



Sunday, October 4, 2009

Kalimah Cinta...

Kalimah Cinta-in-team..

Pepohon cintaku kian merimbun
Semakin dicantas makin bertunas
Tidak mampu mendustai hatiku
Rasa cinta fitrah manusia

Siapalah aku menolak cinta
Yang hadir di jiwa tanpa dipaksa
Hidup ini tidak akan sempurna
Tanpa cinta dari Tuhan Yang Esa

Adam Hawa bercinta di Syurga
Angkara iblis terpisah menderita
Kerana cinta mereka setia
Bertemu di dunia

Dengan cinta kenal Pencipta
Dengan cinta kenal RasulNya
Kerana cinta kenal saudara
Bahagia keluarga
Oh indahnya cinta

Hidup tanpa cinta
Sengsaralah jiwa
Sengketa dan dusta
yang merajai jiwa

Di batasan cinta syariat terjaga
Tanpa keraguan tanpa kesangsian

Betapa sucinya kasihMu Tuhan
Betapa agungnya kebesaranMu
Diri ini mengharapkan cintaMu
Kekalkanlah rasa kehambaan ku 


 Tidak ada orang yang boleh mendakwa dirinya lari daripada mainan perasaan. Asal saja ia bernama manusia, maka sekaligus dirinya akan dicuba dengan mainan nafsu yang bagaikan lautan ganas yang begitu kuat bergelombang. Salah satu darinya ialah mainan cinta.Cinta adalah fitrah yang wujud dalam hati setiap insan tanpa mengira usia, bangsa dan agama. Rasa utk menyayangi,di sayangi, menyintai dan dicintai, dibelai dan membelai hadir dalam diri setiap pemilik hati nurani.  Kisah cinta yg sering menjadi sebutan dikalangan masyarakat hari ini, adalah cinta antara kaum Adam dan Hawa. Sebelum itu perlu diingat, kewujudan cinta itu sendiri bukan sekadar utk menjaga hubungan sesama manusia, tetapi adalah supaya manusia lebih mengingati dan mencintai Allah swt, Raja sekalian alam yg telah menciptakan cinta. Semakin tinggi cinta manusia pada Allah swt, semakin menggunung kasih sayang Allah swt terhadap mereka.
 
Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta. Cinta kepada Allah, cinta pada rasul, cinta kepada negara dan cinta sesama manusia. Sebab itulah rasulullah menekankan dalam mendidik anak-anak daripada kecil lagi diterapkan soal cinta. Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda: tanamkan dalam diri anak-anak kamu cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga Rasulullah dan cintakan membaca Al-Quran.Ini menunjukkan cinta itu suatu yang penting diterapkan dalam diri setiap muslim sehinggakan Nabi s.a.w bersabda bahawa tidak masuk syurga sehingga kamu belajar cinta-mencintai diantara satu sama lain.Remaja bercinta jelas beliau bukan suatu perkara yang melanggar fitrah. Ia satu fitrah tetapi perlu diaturkan bagaimana cara mereka bercinta. Cinta tidak boleh berdasarkan emosi semata-mata, REMAJA mesti ada rasa tanggungjawab.

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati Allah swt"
Surah al-Zariyat ayat 49