Kalimah Cinta-in-team..
Pepohon cintaku kian merimbun
Semakin dicantas makin bertunas
Tidak mampu mendustai hatiku
Rasa cinta fitrah manusia
Siapalah aku menolak cinta
Yang hadir di jiwa tanpa dipaksa
Hidup ini tidak akan sempurna
Tanpa cinta dari Tuhan Yang Esa
Adam Hawa bercinta di Syurga
Angkara iblis terpisah menderita
Kerana cinta mereka setia
Bertemu di dunia
Dengan cinta kenal Pencipta
Dengan cinta kenal RasulNya
Kerana cinta kenal saudara
Bahagia keluarga
Oh indahnya cinta
Hidup tanpa cinta
Sengsaralah jiwa
Sengketa dan dusta
yang merajai jiwa
Di batasan cinta syariat terjaga
Tanpa keraguan tanpa kesangsian
Betapa sucinya kasihMu Tuhan
Betapa agungnya kebesaranMu
Diri ini mengharapkan cintaMu
Kekalkanlah rasa kehambaan ku
Tidak ada orang yang boleh mendakwa dirinya lari daripada mainan perasaan. Asal saja ia bernama manusia, maka sekaligus dirinya akan dicuba dengan mainan nafsu yang bagaikan lautan ganas yang begitu kuat bergelombang. Salah satu darinya ialah mainan cinta.Cinta adalah fitrah yang wujud dalam hati setiap insan tanpa mengira usia, bangsa dan agama. Rasa utk menyayangi,di sayangi, menyintai dan dicintai, dibelai dan membelai hadir dalam diri setiap pemilik hati nurani. Kisah cinta yg sering menjadi sebutan dikalangan masyarakat hari ini, adalah cinta antara kaum Adam dan Hawa. Sebelum itu perlu diingat, kewujudan cinta itu sendiri bukan sekadar utk menjaga hubungan sesama manusia, tetapi adalah supaya manusia lebih mengingati dan mencintai Allah swt, Raja sekalian alam yg telah menciptakan cinta. Semakin tinggi cinta manusia pada Allah swt, semakin menggunung kasih sayang Allah swt terhadap mereka.
Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta. Cinta kepada Allah, cinta pada rasul, cinta kepada negara dan cinta sesama manusia. Sebab itulah rasulullah menekankan dalam mendidik anak-anak daripada kecil lagi diterapkan soal cinta. Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda: tanamkan dalam diri anak-anak kamu cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga Rasulullah dan cintakan membaca Al-Quran.Ini menunjukkan cinta itu suatu yang penting diterapkan dalam diri setiap muslim sehinggakan Nabi s.a.w bersabda bahawa tidak masuk syurga sehingga kamu belajar cinta-mencintai diantara satu sama lain.Remaja bercinta jelas beliau bukan suatu perkara yang melanggar fitrah. Ia satu fitrah tetapi perlu diaturkan bagaimana cara mereka bercinta. Cinta tidak boleh berdasarkan emosi semata-mata, REMAJA mesti ada rasa tanggungjawab.
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati Allah swt"
0 comments:
Post a Comment